~ Perjalanan ~

Sunday, February 27, 2011

25th February 2011
3.35 petang

aku merenung ke luar tingkap..melihat perjalanan yang terasa panjang..perodua viva yang dipandu oleh Fatin Asilah meluncur laju..ku pejamkan mataku sementara menunggu sampai ke destinasi yang di tuju..di sebalik pejaman mataku..aku menangkap dengan jelas butir-butir bicara orang-orang yang berada di dalam kereta tersebut.."perbualan mesra" antara Adila dan Fatin kadang-kadang mengundang tawa kecilku sendiri..terasa meriah mendengar perbicaraan mereka..seperti seorang ibu yang mengajar anaknya..perjalanan dari seri iskandar ke ipoh mengambil masa lebih kurang 45minit..pejaman mata ku buka kembali..menghayati setiap jalan yang di susuri..lalu ku terfikir sendiri.. "sudah 2tahun rupanya aku hidup di sini..berkongsi tawa dan tangis dengan mereka"..
fatin, zaty, vivi, nia, aliza

perjalanan diteruskan hingga sampai ke destinasi yang dituju..ipoh parade..itulah destinasi pertama yang dijejaki apabila sampai sahaja d ipoh..perjalanan ku kali ini di temani oleh rakan-rakan terbaikku d uitm perak..pencarian di mulakan..pakaian, seluar, accessories itulah yang menjadi buruan rakan-rakanku..untuk memenuhi kehendak keperluan dinner faculty..pada mulanya nawaitu ku adalah sekadar menemani rakan-rakanku..tetapi, apakan dayaku, aku lemah..aku terpengaruh..inilah fitrah manusia..yang mudah kalah dengan nafsu..aku berjalan menyusuri beranda ipoh parade..rakan-rakanku memasuki setiap satu kedai dengan tujuan memenuhi keperluan masing-masing..lalu ku duduk di sebuah kerusi yang disediakan dengan tujuan menanti rakan-rakanku..pada masa itu, ku renung ke dalam sebuah kedai..ku renung sebuah patung yang dijadikan sebagai display pakaian..ku amati sesuatu yang ada pada patung tersebut..pada ketika itu syaitan mula memainkan peranannya..dan ku berusaha melawan dan mengusir..dan aku berjaya..yessss..!!

pencarian di teruskan lagi di tingkat bawah ipoh parade..ku bergerak menuju ke popular..matlamat ku cuma satu..mencari novel dari novelis kesukaan ku..Ramlee Awnag Murshid..aku berjaya menjejaki novel Rayyan Fantasi..akan tetapi aku tertewas lai..keimanan ku untuk berjimat di uji sekali lagi..kali ini tiada patung yang memainkan peranan..ia cuma terletak bersebelahan dengan Rayyan Fantasi..AD+IZ..itulah namanya..aku memegangnya..membelek dan ku letakkan kembali..lalu ku cuba beredar..tapi langkah ku berat..ku menoleh ke belakang..dapat ku rasakan pandangan AD+IZ yang memohon simpati untuk di bawa bersama dengan Rayyan Fantasi...hatiku lemah..lalu ku gapai ia tanpa berfikir untuk kali kedua..aku tekad..ku bawa ke kaunter dan membayar jumlah "hantaran" "mereka" lalu ku bawa keluar dari popular..kali ini syaitan telah berjaya menawan ku..nafsu ku telah tewas..tapi percayalah..ini bukan yang pertama untuk hari itu..




aku dan rakan-rakanku menggunakan escalator tuk turun ke tingkat paling bawah..di sini merupakan dugaan yang paling berat..tapi aku berjaya melawannya lai..tapi entah mengapa..ada hal lain yang bermain di minda ku..ada benda lain yang berjaya menambat hatiku.."pergilah kau dari fikiran ku..janganlah ko membuat hatiku bertambah galau.."ku sangkakan ku telah berjaya..tapi fatin asilah telah memainkan peranannya..dipengaruhi aku..diberikan kata-kata yang membuat hati dan fikiran ku tidak mampu bergerak seiring..dan akhirnya..fatin berjaya..dan aku pula yang tertewas..dengan bertemankan fatin, aku naik semula ke tingkat atas..menjejaki benda itu..dan akhirnya benda itu menjadi milikku..

inilah benda yang kumaksudkan. :))

setelah puas kami menyukat kelebaran dan keluasan ipoh parade..kami meneruskan perjalanan ke yik fong complex..tujuan ke sini adalah untuk memenuhi permintaan 'irfan hazri yang masih belum berjaya menemui attire yang sesuai untuk ke dinner..kami menunggunya..di sini syaitan berada jauh sekali dari diriku..tiada apa yang mampu mempengaruhi ku untuk membeli dan melabur di kedai-kedai di sana..aku rasa sangat bahagia.. :))

selanjutnya, kami ke tesco pengkalan..tujuan adalah untuk membeli keperluan dapur yang telah habis..yang telah menyebabkan santapan di rumah hanyalah sardin dan telur..menampakkan sangat keadaan student life..sedih..! ku bergerak mencari keperluan makan ku tuk sebulan..setelah selesai..pergerakkan diteruskan lagi dan kali ini McD menjadi arah tujuan..cuma melalui drive thru sebab keinginan perut yang sebenar adalah nasi..memang resam orang melayu..kemana-mana memang nasi yang akan di cari..

akhirnya perjalanan pulang ke seri iskandar diteruskan..tapi bekalan nasi masih belum di jumpai..jam sdh menunjukkan hampir jam 11malam..sehinggalah sampai di kawasan Tronoh..kami menyinggahi sebuah kedai makan yang aku sendiri tidak tahu nama kedai tersebut..di fikiran ku kala itu cuma la makanan..untuk memenuhi kehendak dinnerku..pada jam 11 lebih malam..lebih wajar ku katakan supper..tomyam campur dan nasi putih menjadi santapan ku..dan dessert pada malam itu adalah hot stories from buddies..secara automaticnya, selera ku meningkat..mungkinkah disebabkan hidangan "dessert"..?

sekarang aku cuma berharap yang persahabatan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat walaupn pada suatu masa nanti kami akan di jauhkan atas nama jarak dan tanggungjawab..

kamu semua adalah yang terbaik..

mengenali kamu adalah yang terindah..

diriku dan aliza

semoga persahabatan kita berkekalan..

0 comments:

Post a Comment